Hidup Saya Bagaikan Sebuah Pementasan... Boneka Yang Tidak Terdaya Berlawan... Menurut Segala Perintah Tanpa Soal... Inikah Erti Hidup.....?



27.4.05

.::| Bencana Alam Atau Balasan Tuhan? |::.

Hmm. Baru-baru ini, kita banyak mendengar berita tentang bencana-bencana alam yang berlaku di bumi kita. Antaranya ialah gempa bumi, ledakan gunung berapi dan juga yang paling terkenal sekali, peristiwa tsunami yang berlaku pada Disember tahun lalu. Akibatnya, banyak jiwa yang terkorban.

Tidak lupa pula tentang mereka yang kehilangan segala-galanya seperti rumah, harta, tanah, binatang ternakan dan lebih-lebih lagi sanak-saudara yang terdekat. Sebak hati saya dibuatnya apabila memikirkan tentang nasib mereka yang malang itu berbanding dengan nasib kita yang agak baik di Singapura. Kita dikirakan beruntung bermastautin di sebuah negara yang jauh dari segala bencana...TETAPI, janganlah kita mengambil sambil lewa dengan keselamatan kita kerana perkara-perkara seperti itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja! Ini semua adalah kudrat Tuhan. Jika Dia inginkannya berlaku, terjadilah. Wah, saya berkata-kata seperti seorang khatib yang memberi khutbah pada solat Jumaat pula!


Saya baru sahaja membaca sebuah artikel Berita Minggu keluaran 24 April 2005. Artikel yang berada di muka surat 6 dan 7 itu mengenai gunung berapi. Saya menimba banyak ilmu tentang gunung berapi seperti bagaimana ianya terjadi. Gunung berapi kini dikhuatiri ramai kerana terdapat banyak gunung-gunung yang masih 'hidup' di pulau-pulau kejiranan kita di Indonesia. Ya, Indonesia mempunyai lebih 130 gunung berapi yang aktif, dan 11 daripadanya sedang dikawal rapi oleh para saintis kerana telah menampakkan tanda-tanda akan meletup. Seramkan? Meremang bulu roma saya. Bayangkan, gunung berapi meledak di hadapan kamu lalu laharnya menghapuskan segala harta benda, termasuk rumahmu!


Gunung berapi mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah Gunung Berapi Raksasa, Gunung Berapi Kubah, Gunung Berapi Abu-Bara dan macam-macam lagi! Tanda-tanda ia akan meletup termasuk kebocoran gas, gegaran, pengurangan mendadak dan bonjolan besar. Haiz. Mengapakah ledakan gunung berapi berlaku? Adakah ianya satu bencana alam kerana bumi kita yang sudah lanjut usia atau kerana balasan Tuhan kepada penduduk-penduduk bumi kerana dosa-dosa yang mereka lakukan sepanjang hayat mereka?! Saya pun tidak tahu. Walau bagaimanapun, kejadian gunung berapi sudah pasti akan berlaku. Sama ada di negeri orang, ataupun di negara kita. Siapa tahu? Mungkin ianya akan terjadi dalam masa terdekat ataupun beberapa ribu tahun lagi? Wallahualam...

 Semuanya berakhir pada 3:10 PM
 
Sesuatu pandangan yang menarik.... ada yang menganggap perkara-perkara sedemikian hanyalah bencana alam semata. Ada pula mengatakan ia balasan Tuhan terhadap mereka yang derhaka kepadaNya, seperti yang terjadi pada zaman para Nabi dahulu. Bagi kita yang masih bernyawa pula.... kita boleh anggapnya sebagai rahmat kasih sayang Tuhan yang mahu mengingatkan dan menyedarkan kita tentang kedatangan hari kiamat.
 
Post a Comment
 

 


'-|:[sang.boneka]:|-'

Muhammad Zakaria
Lelaki
23.01.1990

15 tahun
zorro_jr007@hotmail.com
Sekolah Menengah Riverside
Muzik Hidup Saya
Selalu Bermimpi
Gitar Kesayangan Saya
Mempunyai Sebuah Kugiran

Depression Interview

'-|:[perca.kehidupan]:|-'

| | 03/01/2005 - 04/01/2005| | | 04/01/2005 - 05/01/2005| | | 11/01/2007 - 12/01/2007| | | 12/01/2007 - 01/01/2008| |

'-|:[isi.hati.mereka]:|-'

si pengomel
dunia-ilusi
cetakan-terakhir
tidak-sengaja

'-|:[dengarlah]:|-'

tiada lagi ku dengar kidung mu
-lefthanded-

 


'-|:[coretan.hatimu]:|-'

-----------------------------