|
.::| Suatu Permulaan |::.
Selamat datang ke diari saya. Ini adalah kali pertama saya menulis di dalamnya. Satu permulaan yang baru. Hmm. Buat pertama kalinya, saya menulis sebuah diari di dalam bahasa ibunda kita: Bahasa Melayu. Pada mulanya, kekok juga rasanya. Maklumlah, Bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan saya. Walau bagaimanapun, saya akan cuba menyahut cabaran guru sekolah saya itu. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Oleh kerana hari ini adalah hari pertama saya, saya tidak akan menulis panjang lebar. Sampai di sini sahaja pertemuan kita. Saya akan menceritakan tentang hal ehwal hidup saya di masa yang akan datang.
|
![]()
Muhammad Zakaria
| | 03/01/2005 - 04/01/2005| | | 04/01/2005 - 05/01/2005| | | 11/01/2007 - 12/01/2007| | | 12/01/2007 - 01/01/2008| |
si pengomel
tiada lagi ku dengar kidung mu |