|
.::| Anugerah Terunggul |::.
Kucipta ini sajak
kerana jiwa sebak mendesak dan hiba perasaan teriak teresak. Bahawa pemergianmu perah air mataku. Sajakku ini pengganti seuntai tangisan dari anak di seberang tambak yang cintakan perjuanganmu Perjuangan yang belum selesai akan tetap kami persampai hingga bangsa di puncak mahligai hingga semua cita tercapai Percayalah akan kusebut jua sepatah madah indahmu: ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan Hmm. Baguskan puisi di atas? Ia dipetik dari sebuah buku yang bertajuk Autobiografi Seorang Wartawan dari Kodiang ke Jalan Riong. Saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang bertajuk Anugerah. Kalau tidak silap saya, kedua-dua buku itu ditulis oleh Encik Tajuddin Saman. Beliau adalah seorang penulis yang sungguh berbakat. Seorang penulis cerpen yang sungguh berdedikasi. Wah! Buku Anugerah ialah sebuah kisah mengenai wartawan yang bernama Nurul yang telah memenangi Anugerah Tinta Emas-Wartawan Harapan Nagara. Nurul berasal dari sebuah kampung. Dia mula berjinak-jinak dengan karangan sejak di bangku sekolah lagi. Pada suatu hari, dia mengambil keputusan untuk mencari kerja di bandar sebagai seorang wartawan majalah. Dia tekun bekerja. Walau bagaimanapun, dia berhenti bekerja kerana ideanya tidak diterima. Dia pun mencari kerja di tempat yang lain dan mendapat jawatan yang sama. Dia bekerja dengan sangat rajin, sehinggakan salah satu artikelnya telah terpilih untuk memenangi anugerah tersebut. Nurul bermegah diri dan bercakap besar semasa dia memberi ucapan ketika menerima anugerah itu, tetapi dengan kuasa Tuhan, sesuatu yang pelik terjadi kepadanya sehingga dia menyedari kesilapannya iaitu tidak bersyukur kepada Allah yang telah memberi rezeki itu. Pada pendapat saya, cerpen itu sangat baik. Dari segi isi mahupun bahasa. Ia menyampaikan mesej yang agak mendalam; kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Sikap tidak putus asa Nurul juga patut dicontohi kerana ia akan dapat membantu kita dalam kehidupan. Saya memberi buku itu 4 bintang. Wassalam.
Oleh itu, kita tidak bolehlah menjadi seperti kaduk naik junjung, semakin tinggi kedudukan kita, semakin mengada-ngada dan bongkak pula!
Post a Comment
|
![]()
Muhammad Zakaria
| | 03/01/2005 - 04/01/2005| | | 04/01/2005 - 05/01/2005| | | 11/01/2007 - 12/01/2007| | | 12/01/2007 - 01/01/2008| |
si pengomel
tiada lagi ku dengar kidung mu |