Hidup Saya Bagaikan Sebuah Pementasan... Boneka Yang Tidak Terdaya Berlawan... Menurut Segala Perintah Tanpa Soal... Inikah Erti Hidup.....?



24.4.05

.::| Sukarelawan Yang Terpaksa |::.

Haiz. Saya masih berasa penat dan letih kerana peristiwa semalam. Ya. Pada hari Ahad itu, saya telah menghadiri madrasah saya di Masjid Al-Muttaqin yang terletak di Ang Mo Kio seperti biasa. Oleh kerana saya terlewat bangun tidur, saya terpaksa kelam-kabut tanpa bersarapan. Setibanya di sana, saya terkejut mati apabila mendapati bahawa terdapat sebuah khemah yang agak besar di dalamnya. Baru saya teringat! Majlis Haflah sempena Mulidul Rasul! Saya hampir terlupa tentangnya. Jadi, saya terus bergegas masuk kelas dengan selamba. Haiz. Saya harus menghadap muka ustazah yang bertukar-tukar mengikut subjek. Dengan perut yang lapar, saya terpaksa menumpukan perhatian dengan seksanya. Saya tertidur dua-tiga kali. Penat dan mengantukkan betul! Tiba-tiba, loceng berbunyi. Baik! Masa untuk makan! Hehe.


Saya terus lari ke bawah. Wah! Alangkah baiknya nasib saya. Seperti sudah mengantuk dihulurkan bantal. Saya mendapat tahu bahawa kami akan dihidangkan nasi briyani. Tentu sedapkan? Apa tidaknya? Makanan yang tidak sedap pun akan menjadi enak jika perut sudah lapar! Semasa saya ingin duduk untuk menjamu selera, seorang ustazah menegur saya. Bukan main terperanjat beruk saya dibuatnya kerana kami harus menjadi sukarelawan yang menghidangkan nasi itu kepada semua murid serta orang luar di sana! Saya tawar hati. Terpaksalah saya menghidang mereka. Hai nasib...


Ketika menjalankan tugas, saya terserempak dengan beberapa orang yang saya kenali, seperti Cikgu Syarifah, dua sahabat lama saya dan juga ibu saya. Hmm. Kerja itu tidak seteruk yang disangkakan. Malah, ianya lebih menyeronokkan kerana saya dapat bergaul dengan ramai kawan madrasah yang tidak saya kenali. Pelikkan? Selama empat tahun, baru saya dapat mengetahui nama mereka. Setelah selesai tugas kami, tibalah masanya untuk menjamu selera. Saya makan seperti seorang budak pengemis yang sudah berminggu-minggu tidak makan. Hehe. Pada mulanya, saya ingin menambah lagi satu dulang, tetapi, saya tidak kesampaian apabila memikirkan tentang rakan yang lain. Terpaksalah membatalkan niat tersebut...


Walau bagaimanapun, saya berasa seronok. Menjadi seorang sukarelawan bukanlah seteruk mana. Saya cuma malas sahaja dan juga lapar. Hehe. Hmm. Pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Sesuatu yang berpelajaran. Seronok betul!

 Semuanya berakhir pada 3:58 PM
 
 

 


'-|:[sang.boneka]:|-'

Muhammad Zakaria
Lelaki
23.01.1990

15 tahun
zorro_jr007@hotmail.com
Sekolah Menengah Riverside
Muzik Hidup Saya
Selalu Bermimpi
Gitar Kesayangan Saya
Mempunyai Sebuah Kugiran

Depression Interview

'-|:[perca.kehidupan]:|-'

| | 03/01/2005 - 04/01/2005| | | 04/01/2005 - 05/01/2005| | | 11/01/2007 - 12/01/2007| | | 12/01/2007 - 01/01/2008| |

'-|:[isi.hati.mereka]:|-'

si pengomel
dunia-ilusi
cetakan-terakhir
tidak-sengaja

'-|:[dengarlah]:|-'

tiada lagi ku dengar kidung mu
-lefthanded-

 


'-|:[coretan.hatimu]:|-'

-----------------------------