|
.::| Pahit Manis Kehidupan |::.
Sesekali saya terpandang gambar-gambar lama ketika saya masih kecil. Heh. Kadangkala, saya ketawa sendiri. Kadangkala, saya rasa bagaikan ingin menitiskan air mata apabila mengenangkan kisah-kisah lalu. Hmm. Banyak betul memori di dalam kepala saya. Kenangan dengan rakan-rakan di sekolah mahupun di luar, dengan keluarga yang tersayang, dan yang masih kekal dalam ingatan saya, kenangan dengan arwah nenek dan datuk saya yang telah kembali ke Rahmatullah.
Sedih saya dibuatnya memikirkan tentang mereka. Mana tidak? Kedua-duanya telah banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Mereka adalah orang yang baik hati dan penyayang. Saya masih ingat lagi sewaktu keluarga saya pergi ke rumah mereka di Hougang, mereka melayan kami dengan penuh kasih sayang. Arwah nenek akan masak pelbagai lauk-pauk yang sedap, dan kami semua akan makan beramai-ramai di meja bulat yang terletak berdekatan dengan dapur. Kita akan bergurau; bercerita tentang kejadian-kejadian yang melucukan. Sambil itu, arwah datuk akan selalu berlawak jenaka dengan teka-tekinya yang kadang-kala tidak masuk akal, tetapi memecah perut! Hehe. Apabila kami semua hendak pulang, mereka selalu memberi kami tiga beradik wang 'jajan' seperti $10, yang pada masa itu sudah agak lumayan. Kami cuba sedaya-upaya untuk menolaknya, tetapi dengan pujuk-rayu mereka, kami terima juga. Betapa untungnya saya mendapat datuk dan nenek seperti itu! Jangan salah faham! Saya menyayangi mereka bukanlah kerana wang ringgit yang mereka berikan. Salah! Saya menyayangi mereka kerana kasih sayang mereka yang telah mereka berikan kepada kami. Alangkah pilunya hati ini apabila mereka sudah tiada lagi! Tiada lagi tempat mengadu masalah.... Haiz. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya sendiri. Tuhan lagi menyayangi mereka. Seperti kata orang, yang hidup pasti akan mati. Semoga roh mereka diletakkan dengan orang-orang muslimin. Saya akhiri kisah saya ini dengan beberapa titisan air mata yang jatuh ke pipi...
Saya sangat memahami perasaan awak, Zakaria kerana saya baru sahaja kehilangan seseorang dalam hidup saya.
Setiap yang hidup pasti akan mati dan kita juga harus merelakan pemergian mereka. Juga ingat, setiap yang pergi itu, akan ada penggantinya. Apa yang lebih penting, kita harus menghargai segala masa kita bersama ahli keluarga yang masih ada.
Saya akan berasa gembira jikalau saya mempunyai nenek and datuk macam kamu.Saya percaya mereka Tuhan menyanyi mereka.Saya harap kamu akan menyimpan memori indah mereka
Meskipun kita kehilangan seseorang, kita amat beruntung kerana masih memiliki kenangan manis bersama orang yang telah pergi.
Post a Comment
Ciptalah kenangan-kenangan manis sebegini dengan orang-orang yang masih berada di samping kita....
|
![]()
Muhammad Zakaria
| | 03/01/2005 - 04/01/2005| | | 04/01/2005 - 05/01/2005| | | 11/01/2007 - 12/01/2007| | | 12/01/2007 - 01/01/2008| |
si pengomel
tiada lagi ku dengar kidung mu |