Hidup Saya Bagaikan Sebuah Pementasan... Boneka Yang Tidak Terdaya Berlawan... Menurut Segala Perintah Tanpa Soal... Inikah Erti Hidup.....?



4.4.05

.::| Mana Hilangnya Keharmonian Kaum? |::.

Saya baru sahaja pulang dari perpustakaan Woodlands. Wah, sungguh ramai orang di sana. Ada yang sedang belajar, ada yang berbual-bual, malah, ada yang seronok tidur! Berdengkur pulak tu! Hai. Kesian. Hmm, di rumah mereka tiada kipas agaknya! Hehe. Baiklah. Tujuan saya pergi ke sana adalah untuk meminjam buku cerita Melayu. -.-"
Perpustakaan? Buku-buku cerita? *duh*


Saya berjaya mendapat sebuah antologi cerpen yang mengandungi hampir 7 cerita. Hehe. Saya memilihnya kerana ia mengandungi cerita-cerita dongeng yang menarik seperti Sang Kancil dan lain-lain lagi. Saya amat tertarik dengan tajuk Si Arnab Dan Si Kura-kura. Sangat melucukan. Ia mempunyai pelajaran yang baik: Jangan berlagak sombong, kerana yang lemah mungkin akan dapat mengalahkan awak. Hehe.


Sebaik sahaja saya meminjam buku, saya terus berjalan keluar untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, saya ternampak suatu kejadian yang amat mengejutkan. Tidak jauh dari tempat saya berdiri, terdapat seorang wanita tua yang berbangsa Tamil yang sedang membawa banyak barang. Mungkin dia baru pulang dari pasar raya NTUC. Tiba-tiba, dia tergelincir kerana jalan itu agak licin disebabkan hujan petang. Saya sangkakan ada orang yang akan menolongnya. Namun, jangkaan saya salah! Tiada seorang pun yang menampilkan diri untuk membantunya. Sebaliknya, mereka hanya memerhatikannya sahaja lalu berjalan dengan lebih pantas. Ada juga yang mentertawakan wanita tersebut! Biadab sungguh mereka itu! Hatiku yang riang mula membara. Tidakku sangka rakyat Singapura begitu mementingkan diri sendiri! Nasib baik ada seorang lelaki yang baik hati datang untuk memberi pertolongan kepadanya. Apa hendak jadi dengan mereka semua?! Ke manakah hilangnya sifat tolong-menolong antara satu sama lain yang mereka kata-katakan?! Inikah caranya mereka berdepan dengan orang yang memerlukan pertolongan?! Haiz. Saya amat kecewa dengan sikap mereka itu.


Selepas peristiwa itu, saya terus pulang ke rumah tanpa singgah ke mana-mana. Saya masih memikirkan tentang kejadian yang berlaku. Mungkinkah rakyat Singapura sudah berubah? Hmm. Saya harap keharmonian kaum masih wujud antara kita...

 Semuanya berakhir pada 7:37 PM
 
 

 


'-|:[sang.boneka]:|-'

Muhammad Zakaria
Lelaki
23.01.1990

15 tahun
zorro_jr007@hotmail.com
Sekolah Menengah Riverside
Muzik Hidup Saya
Selalu Bermimpi
Gitar Kesayangan Saya
Mempunyai Sebuah Kugiran

Depression Interview

'-|:[perca.kehidupan]:|-'

| | 03/01/2005 - 04/01/2005| | | 04/01/2005 - 05/01/2005| | | 11/01/2007 - 12/01/2007| | | 12/01/2007 - 01/01/2008| |

'-|:[isi.hati.mereka]:|-'

si pengomel
dunia-ilusi
cetakan-terakhir
tidak-sengaja

'-|:[dengarlah]:|-'

tiada lagi ku dengar kidung mu
-lefthanded-

 


'-|:[coretan.hatimu]:|-'

-----------------------------